Makan sireh duduk bersila,Sambil duduk bergurau senda,Sekiranya ilmu penuh didada,Hidup tidak gelap gelita.

Thursday 6 September 2012

Lagu Operasi Tambah


Mari menyanyi sambil membuat gaya!
Irama : Lagu Rasa Sayang

Rasa sayang hei, rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei,
Seekor burung di atas pagar,
Datang dua terbang berkawan,
Kalau adik bijak dan pintar,
Sila fikir apa jawapan.
Rasa sayang hei, rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei,
Cincin emas cantik dijari,
Dipakai dengan kebaya nyonya,
Kalau adik bijak bestari,
4 + 3 apa jawabnya.
Rasa sayang hei, rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei,
Bersiar-siar di tepi pantai,
Singgah sebentar untuk bertanya,
Jika adik bijak dan pandai,
6 + 1 apa hasilnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...